Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pemain termuda MU, David Gaskell meninggal dunia pada usia 84 tahun
  • SUKAN

Pemain termuda MU, David Gaskell meninggal dunia pada usia 84 tahun

Utusan Sarawak 4 months ago

LONDON: Pemain termuda dalam sejarah Manchester United, bekas penjaga gol David Gaskell, meninggal dunia pada usia 84 tahun, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Gaskell baru berusia 16 tahun dan 19 hari ketika diturunkan untuk Manchester United di Maine Road, stadium Manchester City, menggantikan penjaga gol utama Ray Wood yang mengalami kecederaan pada Oktober 1956.

Pemain muda itu berjaya mencatatkan aksi tanpa bolos dalam kemenangan 1-0, sekali gus membantu United memenangi Charity Shield (Perisai Amal).

Gaskell menghabiskan 11 tahun di Old Trafford dengan detik kemuncak kariernya ialah membantu United memenangi final Piala FA dengan keputusan 3-1 menewaskan Leicester di Wembley pada 1963.

United menyatakan: “Kami amat berdukacita dengan pemergian David Gaskell, pemain debut termuda kami dan bekas penjaga gol. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakannya.” – Bernama – dpa

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Master Indonesia
Next: “Saya berada pada prestasi terbaik,” kata Gakpo selepas Liverpool benam Ipswich

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.