Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pemain industri Jerman minat teroka peluang sektor pengangkutan Sarawak
  • SEMASA

Pemain industri Jerman minat teroka peluang sektor pengangkutan Sarawak

Utusan Sarawak 3 hours ago
 MENTERI Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkongsi perancangan dan inisiatif pembangunan pengangkutan Sarawak bersama delegasi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia-Jerman (MGCC) di Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya, semalam.

PETRA JAYA: Delegasi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia-Jerman (MGCC) menyatakan minat untuk meneroka potensi kerjasama dan pelaburan dalam sektor pengangkutan serta logistik Sarawak yang sedang berkembang pesat.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan, perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat dan sesi meja bulat bersama Menterinya, Dato Sri Lee Kim Shin di Bangunan Baitulmakmur, di sini, semalam.

Delegasi tersebut diketuai Ahli Lembaga Pengarah MGCC, Datuk Steven Aroki yang berada di Sarawak sempena Forum Perniagaan Jerman-Malaysia (GMBF) ke-6 di Kuching.

MENTERI Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin bergambar bersama Datuk Steven Aroki, pegawai kementerian dan delegasi selepas sesi meja bulat di Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya, semalam.

“Dalam sesi itu, kedua-dua pihak membincangkan pembangunan ekosistem pengangkutan Sarawak melibatkan pengangkutan awam, hubungan penerbangan, logistik, pembangunan pelabuhan, mobiliti mampan serta inisiatif pengangkutan hijau.

“Mereka turut bertukar pandangan mengenai pemodenan kenderaan pengangkutan berat dan pembangunan masa depan sektor logistik serta pengangkutan komersial,” menurut kenyataan tersebut.

Dato Sri Lee turut berkongsi visi jangka panjang Sarawak dalam mentransformasikan landskap pengangkutan selaras Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menekankan penyelesaian mampan dan berteraskan teknologi.

Antara inisiatif utama yang diketengahkan ialah pembangunan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) termasuk pelaksanaan Transit Aliran Autonomi (ART) berasaskan teknologi hidrogen yang meletakkan Sarawak sebagai perintis pengangkutan awam hijau di rantau ini.

Beliau berkata, sistem tersebut turut disokong 55 bas pengantara berkuasa hidrogen bagi memperkukuh komitmen Sarawak terhadap penyelesaian mobiliti awam rendah karbon dan mesra alam.

Selain itu, beliau turut memberi taklimat mengenai usaha berterusan Sarawak memperkukuh hubungan udara dan mobiliti serantau menerusi AirBorneo, selain menaik taraf infrastruktur lapangan terbang, pelabuhan dan terminal lori bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, pelancongan, perdagangan serta pelaburan.

Dato Sri Lee mengalu-alukan penglibatan lebih erat antara Sarawak dan industri Jerman khususnya dalam bidang mobiliti pintar, pengangkutan tenaga bersih, inovasi logistik, rantaian bekalan industri dan pembangunan infrastruktur pengangkutan.

Beliau berharap pertemuan tersebut membuka laluan kepada kerjasama dua hala yang lebih kukuh serta memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam sektor pengangkutan dan industri.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lebih 1,000 sijil kewarganegaraan dikeluarkan di Sarawak sejak 2023
Next: KPM arah sekolah semak segera aspek keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.