Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lebih 1,000 sijil kewarganegaraan dikeluarkan di Sarawak sejak 2023
  • SEMASA

Lebih 1,000 sijil kewarganegaraan dikeluarkan di Sarawak sejak 2023

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berucap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan JKKSK Perkara 15A peringkat Sarawak di Kuching, hari ini.

KUCHING: Sebanyak 1,037 sijil kewarganegaraan telah dikeluarkan di Sarawak bagi tempoh 2023 hingga April 2026 melibatkan permohonan yang diluluskan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata jumlah tersebut menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam membantu menyelesaikan isu kewarganegaraan melibatkan kanak-kanak di negeri ini.

“Permohonan yang telah lulus dan dikeluarkan sijil dari tahun 2023 hingga April 2026 adalah sebanyak 1,037,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) Perkara 15A peringkat Sarawak Bilangan 2/2026 di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak, di sini, hari ini.

Menurut beliau, selain permohonan yang telah menerima sijil kewarganegaraan, sebanyak 141 lagi permohonan yang diluluskan bagi tempoh 2023 hingga 2024 kini berada dalam proses pengeluaran sijil.

Tambahnya, selepas permohonan diluluskan, pemohon perlu memohon sijil kewarganegaraan di JPN sebelum proses pengeluaran sijil diuruskan di Putrajaya.

MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah bersama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus semasa sidang media di Pejabat JPN Sarawak, Kuching, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak 32 permohonan kewarganegaraan telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut melibatkan 21 permohonan anak tidak sah taraf, 10 anak jagaan dan satu anak angkat.

Katanya, secara keseluruhan sebanyak 314 permohonan kewarganegaraan diterima bagi tempoh 2024 hingga 8 Mei 2026 dengan kategori anak tidak sah taraf masih mencatat jumlah tertinggi.

Beliau turut menegaskan bahawa penubuhan JKKSK membantu mempercepatkan proses permohonan berbanding sebelum jawatankuasa khas itu diwujudkan.

Sementara itu, beliau mengingatkan masyarakat supaya memastikan perkahwinan didaftarkan secara sah bagi mengelakkan isu kewarganegaraan anak pada masa hadapan, khususnya melibatkan pasangan warga asing.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ahmad Johnie mahu isu renjatan elektrik sekolah dibawa ke Dewan Rakyat
Next: Pemain industri Jerman minat teroka peluang sektor pengangkutan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.