Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Peluang kembalikan prestasi
  • SUKAN

Peluang kembalikan prestasi

Utusan Sarawak 5 years ago
DENGAR SINI… Jurulatih Al Michael ketika memberi arahan kepada pemain sebelum latihan bermula.

SESI latihan pemain skuad tenis SUKMA Sarawak yang sudah bermula dilihat adalah peluang buat pemain meningkatkan kembali prestasi bagi menghadapi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor 2020.

Ia berikutan lebih tiga bulan tidak menjalani latihan komprehensif selepas arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu ekoran penularan virus Covid-19.

Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), Dato Patrick Liew memberitahu, satu kelegaan dipihaknya tatkala sesi latihan dapat diteruskan seperti sedia kala.

“Kita berasa lega apabila pemain kembali berlatih seperti biasa. Cuma ia agak berbeza sedikit kerana mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan,” ujarnya.

Apa pun katanya, SOP ditekankan tiada masalah untuk dipraktikan oleh pemain sekali pun pada dasar ia disifatkan sesuatu yang baharu.

Tambah beliau, sesi latihan diadakan dua sesi sehari iaitu sebelah pagi dan bersambung pada sebelah petangnya.

“Kita akan menggunakan tempoh masa yang ada bagi memastikan latihan membabitkan pemain berjalan lancar sepenuhnya,” jelas beliau lagi.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Atlet tinju boleh berlatih
Next: Serena tidak sabar beraksi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.