Pelitup muka N95 diagih kepada peniaga, orang awam di Pasar Batu 7

Facebook
WhatsApp
AGIH... Michael Kong Feng Nian mengagihkan pelitup muka N95 kepada peniaga dan orang awam di Pasar Batu 7, Kuching, pagi tadi.

KOTA SENTOSA: Pelitup muka N95 diagihkan kepada peniaga dan orang awam di Pasar Batu 7 pagi tadi susulan keadaan jerebu yang masih melanda Kuching.

Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen iaitu Michael Kong Feng Nian, berkata beliau bersama rakan-rakan DAP turun ke pasar berkenaan untuk mengagihkan masker kepada mereka yang memerlukannya.

Beliau berkata, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching masih berada pada paras melebihi 300, menunjukkan keadaan kualiti udara pada tahap berbahaya.

“Orang awam memaklumkan bahawa pelitup muka N95 semakin sukar diperoleh di farmasi berikutan permintaan yang tinggi. Oleh itu, kami mendapatkan bekalan pelitup muka N95 untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukannya,” katanya.

Kong berkata, pelitup muka N95 sesuai digunakan ketika keadaan jerebu kerana mampu menapis zarah halus di udara, khususnya bagi warga emas dan mereka yang perlu berada di luar rumah untuk tempoh yang lama.

MICHAEL Kong Feng Nian menyantuni peniaga di Pasar Batu 7, Kuching, sambil mengagihkan pelitup muka N95 susulan keadaan jerebu, pagi tadi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk memakai pelitup muka yang sesuai, mengurangkan aktiviti luar untuk tempoh yang lama serta menjaga kesihatan.

“Pasar merupakan tempat ramai peniaga, termasuk warga emas, menjalankan aktiviti perniagaan setiap hari. Pada masa sama, ramai warga emas turut bergantung kepada pasar untuk mendapatkan keperluan harian.

“Keadaan ini menyebabkan golongan berkenaan mungkin terdedah kepada jerebu untuk tempoh yang lebih lama,” katanya.

Beliau berkata, usaha mendekati masyarakat dan membantu mereka akan diteruskan, terutama ketika keadaan memerlukan.

Oleh Connie Chieng

MRA lancar tabung bantu mangsa banjir Nepal

KUALA LUMPUR: Malaysian Relief Agency (MRA) melancarkan Tabung Kemanusiaan Bencana Nepal, bagi menggerakkan bantuan kecemasan kepada masyarakat yang terjejas akibat