Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pelarasan gaji baharu untuk 1.6 penjawat awam diketahui hari ini
  • NASIONAL

Pelarasan gaji baharu untuk 1.6 penjawat awam diketahui hari ini

Utusan Sarawak 9 months ago
RIBUAN penjawat awam yang hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 “Perkhidmatan Awam MADANI” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Selepas 13 tahun tiada semakan gaji penjawat awam, tumpuan 1.6 juta “tulang belakang” kerajaan itu pastinya terarah kepada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 yang berlangsung di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman penting berhubung perincian pelarasan gaji untuk penjawat awam seluruh Malaysia pada majlis tersebut.

Sebelum ini terdapat beberapa pengumuman berkaitan perkara itu dibuat sebelum ini, yang sedikit sebanyak membari gambaran “durian runtuh” untuk penjawat awam.

Pada sambutan Hari Pekerja, Mei lepas, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan pelarasan gaji bagi penjawat awam melebihi 13 peratus, iaitu kadar tertinggi dalam sejarah negara.

Seawal 7.00 pagi, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sudah sesak dengan kehadiran lebih 3,000 penjawat awam daripada pelbagai kementarian dan agensi.

Bagai menantikan khabar gembira, rata-rata hadirin  kelihatan ceria dan masing-masing mengenakan pakai rasmi kementerian  atau agensi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Wajibkan iklan, tingkat pelepasan cukai bantu kelangsungan syarikat media cetak
Next: Nahas Elmina: Laporan akhir boleh diakses bermula hari ini-MOT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.