Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pelangi merah muncul di langit Birmingham
  • GLOBAL

Pelangi merah muncul di langit Birmingham

Utusan Sarawak 5 years ago
PELANGI warna merah yang dirakam pada 13 Jun lalu.• Foto AFP

BIRMINGHAM: Kemunculan pelangi berwarna merah di Birmingham, England pada waktu senja sehingga menyebabkan penduduk di bandar raya ini berasa terpukau, menurut laporan AFP pada 26 Jun lalu.

Satu rakaman video yang dilakukan oleh Abigail Daisy Parkes dari Birmingham menunjukkan permulaan pelangi tersebut sebelum ia membesar dan kelihatan seperti sebuah kubah.

Warna merah kelihatan pada jaluran tersebut tidak seperti pelangi biasa yang mempunyai banyak jalur pelbagai warna.

Gambar tersebut dirakamkan pada 13 Jun lalu dan menunjukkan Parkes teruja dan seolah-olah seperti tidak percaya dengan pelangi tersebut.

“Ini adalah mengagumkan. Oh Tuhan, saya tidak pernah menyaksikan seperti ini,” katanya dan terdengar perkataan ‘wow’ dalam video berdurasi selama empat minit itu.

Kebiasaannya, pelangi mempunyai warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Ia dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara.

Namun, pelangi berwarna merah terbentuk apabila kedudukan menyerong pada matahari pada waktu senja.

Keadaan itu menyebabkan gelombang cahaya menjadi pendek seperti warna hijau, biru indigo dan ungu berselerak sekali gus meninggalkan hanya warna merah.

Video Parkes turut dikongsi di YouTube untuk penonton menyuarakan perasaan kagum terhadap alam.

“Ini (pelangi) mengagumkan dan seperti sebuah dunia lain,” kata seorang pengguna YouTube.

Seorang penduduk berkata: “Saya berasal dari Birmingham juga dan saya tinggal di tingkat sembilan ke atas sebuah blok bangunan dan saya melihatnya (pelangi) dengan jelas. Ia sungguh mempesonakan. Ia mengagumkan dan tidak pernah melihatnya sebelum ini.”

“Wow, ia betul-betul cantik!” kata seorang pengguna YouTube. – AFP

Continue Reading

Previous: Thailand buka semula sekolah
Next: Ratusan gajah mati secara misteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.