CAMPI FLEGREI, Naples, Itali, Gempa bumi bermagnitud 4.7 melanda wilayah Campi Flegrei berhampiran Naples, Itali pada petang Jumaat, menyebabkan sebahagian struktur bangunan runtuh dan kerosakan di beberapa kawasan berdekatan, lapor Anadolu Ajansi.
Pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap bangunan dan kawasan yang terjejas akibat gempa itu.
Menurut laporan awal, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan sejurus selepas kejadian. – Bernama





