Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Pelakon Angelina Jolie ulangi sokongan terhadap Gaza
  • HIBURAN

Pelakon Angelina Jolie ulangi sokongan terhadap Gaza

Utusan Sarawak 4 weeks ago
PELAKON Hollywood, Angelina Jolie. – Foto AFP

ISTANBUL: Pelakon Hollywood, Angelina Jolie, sekali lagi menyatakan sokongan terhadap Gaza dengan berkongsi laporan pertubuhan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) mengenai krisis kemanusiaan di wilayah itu menerusi satu hantaran Instagram Story.

Beliau pernah berkhidmat lebih dua dekad sebagai duta muhibah dan utusan khas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Menurut laporan Anadolu Ajansi, dalam hantaran yang dikongsi Jolie, pertubuhan kemanusiaan itu menyifatkan keadaan di Gaza sebagai ‘kubur besar buat rakyat Palestin dan golongan yang membantu mereka’.

“Hakikatnya, pasukan tentera Israel meneruskan dan memperluas serangan ketenteraan dari udara, darat dan laut ke atas Semenanjung Gaza.

“Mereka memaksa pemindahan penduduk serta menyekat bantuan penting secara sengaja, menyebabkan nyawa rakyat Palestin terus dimusnahkan secara sistematik,” kata kenyataan itu.

Hantaran itu juga menyebut bahawa serangan maut Israel menimbulkan ancaman jelas terhadap keselamatan petugas bantuan kemanusiaan dan kesihatan di Gaza.

Ia turut menggesa pihak berkuasa Israel segera menamatkan kepungan yang tidak berperikemanusiaan dan membawa maut ke atas Gaza serta melindungi nyawa rakyat Palestin termasuk petugas kemanusiaan dan kesihatan.

Hantaran itu turut menyuarakan harapan gencatan senjata dapat diwujudkan semula.

Lebih 51,000 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza akibat serangan kejam Israel sejak Oktober 2023, majoritinya wanita dan kanak-kanak. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Syafie Naswip mahu angkat karya anak Borneo
Next: Diana Danielle kembali dengan single Raja Dusta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.