Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kasut baharu untuk pelajar terjejas kebakaran di Rumah Lapie Lai
  • Tengah
  • WILAYAH

Kasut baharu untuk pelajar terjejas kebakaran di Rumah Lapie Lai

Utusan Sarawak 2 months ago
KAPTEN Daniel Lim semasa menyampaikan sumbangan keperluan sekolah untuk pelajar yang terjejas dalam kejadian kebakaran Rumah Lapie di Sungai Binai, baru-baru ini.

BINTULU: Salvation Army Bintulu terus menabur bakti kepada komuniti apabila menyerahkan sumbangan kasut baharu kepada pelajar yang terjejas dalam kejadian kebakaran di Rumah Lapie Lai di Sungai Binai, Jalan Ulu Sebauh pada 20 Mac lalu.

Sumbangan itu disampaikan selepas perbincangan bersama Tuai Rumah Lapie Lai mengenai keperluan mendesak keluarga yang kehilangan tempat tinggal susulan insiden yang memusnahkan 27 daripada 30 pintu rumah panjang tersebut.

Pegawai Kor Salvation Army Bintulu, Kapten Daniel Lim berkata bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban keluarga dan memberi semangat baharu kepada kanak-kanak untuk terus bersekolah.

“Kami berharap, melalui sumbangan kecil ini, anak-anak yang terjejas dapat merasa kasih sayang dan keprihatinan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen jangka panjang Salvation Army Bintulu untuk terus membantu komuniti, bukan hanya dari segi barangan tetapi juga melalui sokongan moral.

Selain itu, beliau turut menggesa masyarakat dan pihak korporat untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran Rumah Lapie, kerana setiap sumbangan mampu membantu mereka yang terjejas.

“Jika ingin menyumbang atau menjadi sukarelawan, orang ramai boleh menghubungi talian 01114029741,” tambahnya.

Pada 20 Mac lalu, sekitar 300 penghuni telah hilang tempat berteduh selepas hampir keseluruhan rumah panjang tersebut musnah dijilat api.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis Kanak-Kanak Bintulu platform latih kepimpinan
Next: Salvation Army Bintulu hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.