Pelajar ditahan edar dadah, ganja 1.08kg dan kereta mewah dirampas

Facebook
WhatsApp
PELAJAR ditahan mengedar dadah dan rampasan kenderaan mewah.

PADAWAN: Polis menahan seorang pelajar berusia 18 tahun yang disyaki menjadi pengedar dadah dan merampas 1.08 kilogram ganja bernilai RM3,240 dalam operasi di sebuah apartmen di Bandar Baharu MJC, Batu Kawa, Kuching semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Barry William, berkata suspek ditahan kira-kira 11.30 pagi di bilik penyimpanan peti surat sebuah apartmen di Pusat Beli-belah Entre Papillon New Street selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah.

POLIS merampas 1.08 kilogram ganja bernilai RM3,240.

“Ketika ditahan, suspek memegang beg galas Nike berwarna kelabu dan cuba memasukkan satu bungkusan J&T berwarna putih ke dalam beg tersebut,” katanya.

Barry berkata pemeriksaan mendapati bungkusan itu mengandungi sebelas paket berisi bahan tumbuhan kering dipercayai ganja dengan berat kasar 1,080 gram.

Suspek yang merupakan pelajar dari Kuching turut didapati positif ketamin dan THC melalui saringan awal air kencing.

Polis turut merampas sebuah kereta Lexus IS250 berwarna hitam bernilai kira-kira RM35,000 yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

POLIS merampas sebuah kereta Lexus IS250 berwarna hitam bernilai kira-kira RM35,000 dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek mengetahui kandungan dadah dalam bungkusan itu dan mendakwa akan dibayar RM4,000 untuk mengambilnya atas arahan seorang individu dikenali sebagai Franky,” katanya.

Barry berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sindiket yang terlibat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Oleh Connie Chieng

Ronaldinho kembali buru gol ke-300

RAVENNA, Itali: Bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho, yang bersara daripada arena bola sepak pada 2015, mengumumkan kemunculan semula selepas