Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pelabuhan laut dalam, pelancongan pacu transformasi ekonomi Miri
  • TEMPATAN

Pelabuhan laut dalam, pelancongan pacu transformasi ekonomi Miri

Utusan Sarawak 5 hours ago
KIBAR BENDERA… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg  bersama pemimpin yang lain mengibarkan bendera Sarawak pada Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang Bahagian Miri hari ini. Foto UKAS

MIRI: Pembangunan Pelabuhan Miri serta pengukuhan sektor pelancongan dikenal pasti sebagai pemacu utama yang bakal mengubah struktur ekonomi bandar raya ini ke arah lebih dinamik dan bertaraf antarabangsa.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perancangan pembangunan pelabuhan laut dalam di Miri kini berada pada landasan kukuh hasil kajian saintifik termasuk analisis aliran hidraulik yang dijalankan secara menyeluruh.

Menurut beliau, kajian tersebut mencadangkan pelabuhan dibangunkan di kawasan laut kira-kira tujuh hingga lapan kilometer dari muara Sungai Miri bagi mengatasi cabaran mendapan dan perubahan aliran air di kawasan berkenaan.

“Dengan pendekatan ini, Pelabuhan Miri berpotensi menjadi exit point utama bagi aktiviti eksport seperti minyak kelapa sawit, kayu balak serta produk dari kawasan pedalaman Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa  berucap pada majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan bagi meneruskan pembangunan pelabuhan tersebut yang bukan sahaja menyokong industri perkapalan, malah membuka ruang kepada pembangunan ekonomi baharu.

Dalam masa sama, aktiviti perkapalan sedia ada di Sungai Miri dijangka dipindahkan ke Kuala Baram, sekali gus membolehkan pembangunan kawasan tebingan sungai yang lebih tersusun di bandar raya ini.

“Langkah ini akan meningkatkan kualiti persekitaran di kawasan kubur  serta memberi manfaat kepada penduduk setempat, selain membuka peluang pembangunan komersial dan pelancongan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pembangunan di Kuala Baram juga berpotensi mewujudkan kawasan perindustrian dan bandar moden susulan pertambahan tanah secara semula jadi hasil perubahan aliran hidraulik.

Katanya, pembangunan berkonsepkan menghadap laut turut mempunyai nilai premium dan mampu menarik pelaburan, sekali gus menjadikan Miri sebagai bandar pesisir bertaraf antarabangsa.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: AZAM Sarawak bawa elemen teknologi, bakat meriahkan kaul Mukah 2026
Next: Baram bakal muncul hab ekonomi baharu, akses ke Mulu dipertingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.