Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Baram bakal muncul hab ekonomi baharu, akses ke Mulu dipertingkat
  • TEMPATAN

Baram bakal muncul hab ekonomi baharu, akses ke Mulu dipertingkat

Utusan Sarawak 4 hours ago
AMANAT… Datuk Patinggi Tan Sri  Abang Johari Tun Openg semasa menyampaikan amanat beliau pada majlis perasmian Program Sarawakku Sayang Bahagian Miri, hari ini.

MIRI: Pembangunan kawasan Baram termasuk Mulu bakal diperkasa sebagai pemangkin ekonomi baharu susulan penambahbaikan akses dan kemudahan infrastruktur ke dua tapak warisan dunia UNESCO di utara Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Negara Niah merupakan aset pelancongan utama yang memerlukan sistem perhubungan lebih cekap bagi memudahkan pergerakan pengunjung.

Menurut beliau, kerajaan negeri kini memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan Baram khususnya Mulu dengan menyediakan kemudahan utiliti serta sistem pengangkutan yang lebih efisien.

“Antara perancangan utama ialah pembinaan jalan penghubung seperti laluan Miri–Marudi–Mulu serta sambungan dari Long Panai ke Long Lama.

“Kawasan ini juga berhampiran sempadan, sekali gus menjadikannya penting dari segi pembangunan wilayah,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Sarawakku Sayang Bahagian Miri, hari ini.

Abang Johari berkata, pembangunan di Mulu turut diperkukuh dengan penyediaan kemudahan moden termasuk pembinaan pusat bandar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan sektor pelancongan.

Katanya, usaha tersebut telah mula dilaksanakan dengan perkembangan kemudahan asas serta pembangunan pusat bandar yang semakin menunjukkan kemajuan.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata pembangunan infrastruktur yang dirancang dijangka mampu memendekkan masa perjalanan dari Miri ke Mulu kepada sekitar satu hingga dua jam, sekali gus membuka lebih banyak peluang ekonomi terutama dalam sektor pertanian dan pelancongan di Baram.

“Baram tidak lagi akan dianggap sebagai kawasan pedalaman, sebaliknya akan berkembang hasil peningkatan aspek keterhubungan,” ujarnya.

Beliau menegaskan kerajaan negeri kini memberi penekanan kepada pelaksanaan projek secara nyata dan bukan sekadar perancangan di atas kertas.

Mengulas mengenai kelestarian alam, beliau berkata pembangunan perlu dilaksanakan secara seimbang tanpa menjejaskan biodiversiti.

“Kita tidak boleh menebang pokok sewenang-wenangnya kerana ia memberi kesan kepada ekosistem dan ekonomi global.

“Sebaliknya, pendekatan kini ialah menanam semula pokok yang berfungsi sebagai carbon sink untuk menyerap karbon,” jelasnya.

Tambah beliau, perubahan landskap ekonomi global juga membuka peluang kepada perdagangan karbon yang boleh dimanfaatkan oleh Sarawak dengan mematuhi garis panduan antarabangsa termasuk rujukan institusi seperti Bank Dunia.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pelabuhan laut dalam, pelancongan pacu transformasi ekonomi Miri
Next: Sumbangan Bank Makanan Siswa bantu ringankan beban pelajar PMU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.