Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AZAM Sarawak bawa elemen teknologi, bakat meriahkan kaul Mukah 2026
  • TEMPATAN

AZAM Sarawak bawa elemen teknologi, bakat meriahkan kaul Mukah 2026

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Menteri Kesihatan Dato Hanifah Hajar Taib merakam kenangan bersama pasukan AZAM Young Souls (AYS) pada program Pesta Kaul Mukah hari ini.

MUKAH: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak bersama sayap belianya, AZAM Young Souls (AYS), tampil menyemarakkan Pesta Kaul Mukah 2026 menerusi dua program berimpak tinggi iaitu Bengkel Pen 3D dan Malam Bakat Kaul.

Kedua-dua program tersebut dilihat sebagai platform penting dalam memperkenalkan elemen teknologi kepada masyarakat, di samping mengasah potensi kreatif khususnya dalam kalangan belia di kawasan Mukah.

Program Bengkel Pen 3D menyediakan ruang pembelajaran interaktif kepada peserta untuk mengenali asas teknologi percetakan 3D secara praktikal dan mesra komuniti. 

Melalui program ini, peserta turut diberi peluang meneroka idea serta menghasilkan ciptaan unik berasaskan kreativiti masing-masing.

Sementara itu, Malam Bakat Kaul yang mengangkat tema “Warisan Bertemu Kreativiti” dijangka menjadi antara acara tumpuan apabila mengetengahkan bakat peserta melalui gabungan elemen warisan tempatan dan pendekatan moden.

Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili berkata, penglibatan pihaknya dalam Pesta Kaul Mukah tahun ini mencerminkan komitmen berterusan untuk mendekati komuniti luar bandar serta memperluaskan akses kepada program berimpak tinggi.

“Kita mahu melihat lebih ramai belia tampil dengan keyakinan, kreativiti dan keupayaan untuk bersaing tanpa melupakan akar budaya yang menjadi identiti kita,” katanya.

Menurut beliau, pendekatan yang menggabungkan teknologi dan warisan bukan sahaja relevan dengan perkembangan semasa, malah membuka peluang baharu kepada komuniti untuk berkembang secara lebih inklusif dan berdaya maju.

Penglibatan AZAM Sarawak dalam penganjuran kali ini dijangka menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat sekali gus memperkukuh hubungan antara agensi, komuniti serta rakan strategik.

Usaha berterusan ini turut memperlihatkan peranan AZAM Sarawak sebagai penghubung antara teknologi, kreativiti dan komuniti ke arah membentuk masyarakat yang lebih progresif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: “Saya akan rindu momen makan-makan,” kata Duta Sepanyol
Next: Pelabuhan laut dalam, pelancongan pacu transformasi ekonomi Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.