Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pekerja zoo ditahan selepas mayat isteri ditemukan dalam krematorium haiwan
  • GLOBAL

Pekerja zoo ditahan selepas mayat isteri ditemukan dalam krematorium haiwan

Utusan Sarawak 8 hours ago
KELIHATAN media berada di lokasi kejadian. Foto AGENSI

ASAHIKAWA, Jepun: Seorang kakitangan kerajaan perbandaran di Asahikawa, Hokkaido ditahan pada Khamis selepas cebisan mayat isterinya ditemukan dalam pembakar di krematorium haiwan di Zoo Asahiyama, lapor Kyodo News.

Tatsuya Suzuki, 33, disyaki membawa mayat isterinya, Yui, juga 33 tahun, ke zoo itu sebelum membakarnya dalam pembakar sekitar 31 Mac. 

Polis berkata suspek mengaku terhadap dakwaan itu. Polis sedang menyiasat sama ada Suzuki turut membunuh isterinya. 

Sumber kerajaan berkata Suzuki merupakan penjaga haiwan di zoo perbandaran itu.

Menurut polis, keluarga Yui menghubungi pihak berkuasa pada 23 April selepas gagal menghubunginya sejak sekitar akhir Mac. 

Berdasarkan keterangan Suzuki ketika disoal siasat, polis menggeledah krematorium itu dan menemukan sisa mayat wanita berkenaan.

Zoo Asahiyama menerima kira-kira 1.33 juta pengunjung dalam tempoh 12 bulan hingga Mac.

Zoo berkenaan ditutup sementara bagi persiapan musim panas. 

Pembukaan semula yang pada mulanya dijadualkan Rabu ditangguhkan kepada Jumaat susulan siasatan itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Persediaan emosi jemaah penting dalam menghadapi cabaran haji
Next: Lelaki bertopeng tembak mati 2 pekerja bank di Kentucky, AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.