Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pekerja swasta sambut baik Kad Pekerja MADANI
  • SEMASA

Pekerja swasta sambut baik Kad Pekerja MADANI

Utusan Sarawak 3 weeks ago
LANGSTON pekerja swasta.

KUCHING: Inisiatif Kad Pekerja MADANI yang menawarkan diskaun sehingga 30 peratus kepada ahli kesatuan pekerja mendapat sambutan positif daripada masyarakat, terutamanya golongan pekerja sektor swasta.

Lebih 100 syarikat telah mengambil bahagian dalam program ini, menawarkan pelbagai bentuk potongan harga ke atas barangan dan perkhidmatan kepada pemegang kad.

Langkah ini dilihat selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk meningkatkan kesejahteraan golongan pekerja serta membantu mengurangkan kos sara hidup.

Menurut Langston, seorang pekerja swasta, kemudahan ini sangat membantu dan memberi kesan besar terhadap kehidupan harian pekerja.

“Potongan diskaun sehingga 30 peratus dengan Kad Pekerja MADANI ini sangat membantu dan memudahkan urusan membeli. Ia juga mampu mengubah taraf hidup dalam sesebuah institusi keluarga,” katanya ketika ditemui.

Bagi Mike Webver pula, yang juga seorang pegawai operasi di sebuah syarikat terkemuka, potongan diskaun ini memberi manfaat buat dirinya. Ia memudahkan beliau untuk membeli keperluan melaksanakan kerja hakiki beliau.

MIKE Webver.

Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban kos harian, malah turut memupuk budaya penghargaan terhadap sumbangan para pekerja dalam pembangunan negara.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan inisiatif itu memberi peluang kepada ahli kesatuan yang memiliki Kad Pekerja MADANI untuk menikmati diskaun bagi pelbagai kemudahan, dengan syarikat yang mengambil bahagian termasuk AEON, Mydin, Jakel, Marrybrown, Genting, OldTown White Coffee, ZUS Coffee, SOCAR dan Bateriku.

Beliau mengumumkan inisiatif tersebut sempena sambutan Hari Pekerja 2025 yang disifatkan sebagai hadiah istimewa kepada golongan pekerja.
Oleh Norman Brawie

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pemaparan harga ubat bantu pengguna buat pilihan
Next: Ting rebukes Machang MP’s remarks on Petronas-Petros dispute

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.