Miri:Senator Alan Ling taja 250 keping penutup mulut dan hidung kepada pekerja penghantaran makanan di Miri semalam.
Alan Ling yang merupakan Pengerusi DAP cawangan Piasau berkata, kira-kira 50 pekerja penghantaran makanan di Miri adalah terdedah kepada risiko bahaya pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masa ini.
Katanya, difahamkan bahawa mereka juga didapati sukar untuk perolehi dan mencari penutup mulut dan hidung di pasaran ketika PKP ini.
“Kami mengatur perjalanan selama dua jam untuk memberi penutup mulut dan hidung, minuman dan roti sumbangan Kelab Lions Miri, usaha ini dilakukan di dua lokasi iaitu di Bintang Mega Mall dan Stesen Mc’Donald Petronas.
“Pemberian ini merupakan satu penghargaan kami kepada mereka yang bersungguh membuat kerja penghantaran makanan di sekitar bandaraya Miri,” jelasnya.
Sehubungan itu, diharapkan penghantar makanan ini akan dilindungi dengan penutup mulut dan hidung, teruskan menjaga kebersihan dan pandu dengan cermat di jalan raya, ujarnya lagi.
“Kami (DAP) parti pembangkang, akan terus memberi sumber bekalan penutup mulut dan hidung kepada petugas barisan hadapan termasuk penghantaran makanan, dan berharap dapat melakukan usaha yang sama pada masa akan datang.
“Saya berharap bantuan ini dapat membantu mereka untuk mencegah penyebaran wabak, dan setakat ini sebanyak 5,000 keping penutup mulut dan hidung disumbang oleh DAP Miri untuk petugas barisan hadapan dan keluarga miskin di sekitar Miri dalam tuga minggu,” tambahnya lagi.
Hadir membantu pengagihan ialah Pengerusi DAP Long Lama Marcus Hugo, Ketua Pemuda DAP Miri, Peter Hee, Presiden Lions Club of Miri Host John Ling, Lawrence Low (Pemantu Khas Alan), Pembantu Peribadi Adriana David dan setiausaha Siti Zubaidah.