Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pekerja khidmat penghantaran maut
  • TEMPATAN

Pekerja khidmat penghantaran maut

Utusan Sarawak 5 years ago
KEADAAN kereta yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Persiaran Brooke.

NURZILLA MOHAMAD

SIBU: Seorang pekerja khidmat penghantaran maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Persiaran Brooke, malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.22 malam itu, mangsa lelaki dikenali sebagai Chipedo Lee Chi Zhen, 17, yang beralamat di Jalan Tekam maut ketika sedang menunggang motosikal bersendirian.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun bergerak dari arah Pusat Bandar Sibu menuju ke Jalan Wawasan.

“Ketika melalui Jalan Persiaran Brooke, kereta tersebut merempuh motosikal yang ditunggang mangsa dari arah belakang dan menyebabkan kenderaan yang dipandu hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jelas Stanley, akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta cuma mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Pemandu kereta berkenaan kemudian ditahan di bawah Seksyen 112 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kes masih dalam siasatan,” tegasnya.

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan tunjuk isyarat lucah
Next: Lima hari, tiada kes positif dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.