Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PEKEBUN KECIL DIBANTU
  • TEMPATAN

PEKEBUN KECIL DIBANTU

Utusan Sarawak 4 years ago
SIMBOLIK… Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan replika cek kepada Edwin Abit (dua, kiri) dan Dr. Alvin Chai Lian Kuet di Kuching.

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM60 juta untuk membantu pekebun kecil kelapa sawit dan lada di seluruh negeri bagi membeli baja tanaman mereka.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah menyerahkan cek berkenaan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Asli dan Pembangunan Wilayah Edwin Abit di pejabatnya di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Pertanian Dr. Alvin Chai Lian Kuet, Pengurus Besar SALCRA, Joseph Blandoi dan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Dr. Richard Rapu menyaksikan penyerahan tersebut.

Dalam ucapannya sebelumnya, Uggah mengatakan Sarawak mempunyai banyak pekebun kecil yang menanam tanaman komoditi sebagai sumber pendapatan utama mereka.

Bagaimanapun, pendapatan mereka bergantung pada harga pasaran dunia semasa selain berdepan dengan wabak Covid-19.

“Program bantuan kewangan ini adalah untuk meringankan beban yang mereka hadapi serta memotivasi mereka untuk terus meningkatkan pengeluaran mereka. Ini akan dilaksana secara berperingkat mulai Oktober ini,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Asli dan Pembangunan Wilayah mengatakan setiap pekebun kecil yang layak akan diberi 12 beg baja.

“Dianggarkan kira-kira 58,000 daripadanya diharapkan mendapat manfaat. Bantuan itu akan diedarkan melalui pejabat Pertanian Daerah dan pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan masing-masing,” tambahnya.

Sementara itu, dalam majlis yang sama beliau turut menyerahkan cek berjumlah RM8 juta dari Kerajaan Sarawak kepada Yayasan Kebudayaan Dayak.

Katanya, pemberian geran yang setara adalah untuk membiayai pembangunan menara pejabat sembilan tingkat iaitu Menara A (Yayasan Kebudayaan Dayak) dan Menara B (Dewan Perdagangan dan Perindustrian Dayak).

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Pembangunan luar bandar diutamakan
Next: Kes Dadah: 594 kes, 652 tangkapan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.