Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pejabat Daerah Sarikei adakan mesyuarat penyelarasan program BLM
  • Tengah
  • WILAYAH

Pejabat Daerah Sarikei adakan mesyuarat penyelarasan program BLM

Utusan Sarawak 4 months ago
UNTUK ALBUM… Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh bergambar bersama yang lain selepas mesyuarat. Foto Facebook Datuk Len Talif Salleh 

SARIKEI: Mesyuarat Penyelerasan Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) MyLesen Kelas B2 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang telah diadakan di Pejabat Daerah Sarikei. 

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, mesyuarat tersebut melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Sarikei, Pejabat Daerah Sarikei, dan Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei.

“Matlamat utama mesyuarat ini adalah untuk membantu penduduk Kuala Rajang mendapatkan lesen motosikal kelas B2 dengan bayaran serendah RM250.

“Syarat utama untuk menyertai program ini haruslah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas dan penerima bantuan daripada kerajaan, khasnya golongan B40,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di media sosial Facebooknya, semalam. 

Katanya, pelbagai cadangan dan langkah tindakan dibincangkan untuk memastikan kelancaran program BLM ini yang menyasarkan golongan belia dan mereka yang kurang berkemampuan.

“Penetapan tarikh pelaksanaan akan dimaklumkan kemudian.

“Taklimat mengenai pelaksanaan gerak kerja disampaikan oleh Timbalan Pengarah JPJ Sarawak, Nor Azlan Ibrahim. 

Turut hadir, Ketua Cawangan JPJ Sarikei Yusuf Andan, Pegawai Daerah Sarikei Louis Yeo Soon Guan, Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei DSP Benedict Faris Jimoy serta wakil Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bot karam: Mayat lelaki warga emas ditemukan pagi tadi
Next: APM guna bot sekitar lima jam hantar makanan ke Ulu Kakus  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.