

KUCHING: Pegawai kanan Tabung Haji (TH) hari ini mengunjungi bekas Ahli Parlimen Igan, Dato Sri Wahab Dolah untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusannya terhadap TH sejak lebih 20 tahun lalu menggunakan pakej umrah.
Pegawai kanan itu diketuai Pengarah Wilayah Lembaga Tabung Haji
Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said yang turut dihadiri Pengarah Negeri TH Sarawak, Amat Kassim Pait.
Wahab turut mengadakan jamuan makan tengah hari untuk mereka bertempat di Hotel Samudra di sini.