Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pegawai masjid terima sumbangan Aidilfitri
  • TEMPATAN

Pegawai masjid terima sumbangan Aidilfitri

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada wakil Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang di Limbang semalam.

LIMBANG: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semalam menyampaikan sumbangan Hari Raya dalam majlis yang dianjurkan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang (LAKIL) di sini.

Menurut Awang Tengah, sumbangan kepada pegawai masjid seperti Imam dan Bilal itu merupakan satu penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam menegakkan syiar dan ajaran Islam.

“Dalam kita menghadapi wabak Covid19 ini, saya menyeru anda untuk sama-sama memain peranan bersama agensi kerajaan lain dalam mengekang wabak ini,”  katanya.

Dalam majlis tersebut, sumbangan disampaikan kepada wakil-wakil yang terdiri daripada Imam dan Bilal dari daerah Limbang, anak yatim, ibu tunggal dan ahli LAKIL.

Tambahnya, keadaan semasa turut memberi sedikit kelainan pada majlis ini yang hanya menyaksikan wakil menerima bantuan untuk diedarkan.

“Inilah pengorbanan yang terpaksa kita lakukan atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Di samping itu juga jagalah penjarakan sosial dan kebersihan semoga kita akan berjaya mengatasi wabak ini,” tambah beliau.

Turut hadir Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Danau, Paulus Palu Ngumbang.

Continue Reading

Previous: Jangan lakukan rentas bahagian, negeri
Next: RM6 juta pampasan kepada 58 pemilik tanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.