Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pegawai kanan PBT direman tiga hari
  • JENAYAH

Pegawai kanan PBT direman tiga hari

Utusan Sarawak 11 months ago
SEORANG pengarah jabatan Pihak Berkuasa Tempatan (tengah) direman tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah bernilai RM20,000. Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman mengeluarkan perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 46 tahun itu sehingga Jumaat ini, selepas membenarkan permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor. Menurut sumber, suspek yang merupakan pegawai kerajaan bergred 52 dipercayai antara tahun 2019 hingga 2024 telah meminta dan menerima rasuah sebagai balasan untuk melulus dan mempercepatkan permohonan kontraktor tanpa melalui prosedur yang ditetapkan. FotoBERNAMA

SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM20,000.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 46 tahun itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Selangor.

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta dan menerima rasuah sebagai balasan untuk melulus dan mempercepatkan permohonan kontraktor tanpa melalui prosedur ditetapkan antara 2019 hingga tahun ini.

Sumber itu memaklumkan suspek ditahan di Pejabat SPRM Selangor pada 6.29 petang semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – Bernama

Continue Reading

Previous: Titah Adendum: Mahkamah benar permohonan Najib masuk dua afidavit tambahan
Next: Peraih durian didakwa pecah masuk kasino Genting Highlands curi cip RM4.6 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.