Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • PEC Saratok juara Sepak Takraw Terbuka Sri Aman 2025
  • SUKAN

PEC Saratok juara Sepak Takraw Terbuka Sri Aman 2025

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KESEMUA pemenang merakamkan gambar bersama piala kemenangan mereka pada Pertandingan Sepak Takraw Terbuka Sri Aman 2025. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Regu PEC Saratok telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori Lelaki terbuka pada Pertandingan Sepak Takraw Terbuka Sri Aman 2025 anjuran Kelab Belia Perdana Sri Aman (BELDANA) di Mini Stadium Sri Aman, petang semalam.

Dalam perlawnan akhir itu, regu PEC Saratok pimpinan Fitri Ramzee itu terpaksa berhempas pula untuk menewaskan regu Zodiac TC dari Simunjan menerusi kemenangan 2-1.

Kejuaraan itu menyaksikan regu PEC Saratok membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, piala dan pingat, manakala regu Zodiac TC yang muncul naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM700, piala dan pingat.

REGU PEC Saratok dinobatkan sebagai juara bagi kategori Lelaki terbuka pada Pertandingan Sepak Takraw Terbuka Sri Aman 2025. Foto Adi Safarman

Sementara itu, regu Aniberst A dan Gunung TC pula berada di tempat ketiga bersama apabila mereka masing-masing tewas pada aksi separuh akhir dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM250 dan pingat.

Bagi kategori Belia Bakat Baru Bersih, regu PEC Sri Aman muncul juara selepas menewaskan regu Kasilas A 2-1.

Kejayaan itu menyaksikan PEC Sri Aman membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500, piala dan pingat dan regu Kasilas A yang muncul naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM300, piala dan pingat.

REGU PEC Sri Aman muncul juara bagi kategori Belia Bakat Baru Bersih. Foto Adi Safarman

Pasukan Saberkas Batang Ai A Lubok Antu dan Lagends A dari SMK Lingga muncul sebagai pasukan berada ditempat ketiga bersama dan kedua-dua pasukan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100 dan pingat.

Dalam pada itu, sebanyak tiga anugerah khas telah disampaikan iaitu pemain terbaik keseluruhan dianugerahkan kepada Hariz Hipni daripada regu PEC Saratok, anugerah pemain harapan (belia) dianugerahkan kepada Aquinas Rafhel Andin (PEC Sri Aman) dan anugerah pengadil cemerlang yang julung-julung kalinya diwujudkan telah diberikan kepada Donny Sumok.

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Sri Aman, Awangku Hafizi Awang Azahari.

Dalam pada itu, Pengerusi Penganjur, Alexander Frusis berkata Pertandingan Sepak Takraw Terbuka Sri Aman 2025 anjuran BELDANA telah disertai sebanyak 24 regu menyertai kategori lelaki terbuka dan 14 regu kategori Belia Bakat Baru Bersih.
Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Jualan tiket Man Utd-ASEAN All Stars dibuka esok
Next: Masters Malaysia 2025: Kenaikan hadiah kemenangan bakar semangat Aaron-Wooi Yik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.