Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Master Indonesia
  • SUKAN

Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Master Indonesia

Utusan Sarawak 4 months ago
AKSI pemain beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ketika menentang pemain dari Korea Kang Min Hyuk dan Kim Won Ho pada Kejohanan Master Indonesia di Stadium Istora Senayan, malam tadi. Keduanya berjaya mara ke separuh akhir selepas mengatasi gandingan itu dengan kedudukan 21-19, 21-15 dalam perlawanan 41 minit. FotoBERNAMA

JAKARTA: Beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan dan M. Thinaah melangkah ke separuh akhir kejohanan Masters Indonesia selepas menewaskan gandingan Jepun Yuki Fukushima dan Mayu Matsumoto, pada aksi berlangsung di Istora Senayan di sini, malam tadi.

Pearly-Thinaah yang berada pada kedudukan ketujuh dunia itu, mempamerkan aksi cemerlang menundukkan pasangan Jepun itu 21-16 dan 21-15, dalam masa 48 minit, untuk meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya.

“Saya gembira kerana kami berjaya melaksanakan strategi kami dengan baik,” kata Thinaah selepas perlawanan, sambil menambah mereka bertekad untuk mengekalkan momentum dan semangat positif bagi perlawanan seterusnya.

Pearly pula mahu fokus untuk meningkatkan komunikasi dan prestasi untuk tampil lebih mantap esok, sekali gus berusaha sebaik mungkin untuk menempah tiket ke perlawanan akhir.

Pearly-Thinaah dijadual bertemu Lee Yeon Woo-Lee Yu Lim dari Korea Selatan, yang sebelum ini menewaskan wakil Taiwan Chang Ching Hui-Yang Ching Tun 18-21, 21-13, 21-16.

Sementara itu, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mengesahkan slot ke separuh akhir, selepas bekerja keras menundukkan gandingan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Kim Won Ho 21-19, 21-15, dalam masa 41 minit.

Gadingan itu akan bertemu satu lagi beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun, yang mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas menumpaskan rakan senegara Wan Arif Shaharuddin Wan Junaidi-Yap Roy King 21-15, 21-16. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sarawak tuan rumah Sarawak Hornbill Team Cup 2025 11 – 16 Februari depan
Next: Pemain termuda MU, David Gaskell meninggal dunia pada usia 84 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.