Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PDRM, RELA periksa 21 kenderaan
  • TEMPATAN

PDRM, RELA periksa 21 kenderaan

Utusan Sarawak 5 years ago

????????????????????????????????????

JIKU JUGUONG

MARUDI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan anggota RELA meneruskan sekatan jalan di pangkalan feri Sg. Ridan Marudi sehingga 14 Aprilekoran Perintah Kawalan Pergerakan susulan penuluran wabak Covid-19.

Mereka mula beroperasi dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang dan setakat jam 9.00 hingga 11.30 semalam sebanyak 21 buah pelbagai jenis kenderaan dari Miri ke Marudi ditahan untuk pemeriksaan.

Kebanyakkan kenderaan yang diperiksa adalah kenderaan yang membawa bahan-bahan makanan dibawa dari Miri ke Marudi selain barang-barang pusat kesihatan.

Sehubungan itu tinjauan Utusan Sarawak mendapati beberapa buah kampung lengang sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

Penduduk kampungkini diarah berkurung dalam rumah ketika virus Covid-19 ini merebak.

Ketua masyarakat Melayu, Penghulu Haji Edrews memberi nasihat kepada penduduk kampung supaya mematuhi arahan PKP dan duduk dalam rumah sepanjang masa dalam tempoh yang ditetapkan kerajaan.

Beliau berharap semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya supaya rangkaian Covid-19 ini dapat dibendung sepenuhnya.

Continue Reading

Previous: Penduduk merungut, liputan komunikasi lemah
Next: Ujian saringan Covid-19, 2,000 sehari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.