Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PDP perlu 150 sukarelawan bantu pemulihan pasca banjir
  • SEMASA

PDP perlu 150 sukarelawan bantu pemulihan pasca banjir

Utusan Sarawak 3 months ago
DATUK Seri Tiong King Sing ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PDP di Pusat Komersial Li Hua, hari ini.

SIBU: Parti Demokratik Progresif (PDP) memerlukan seramai 150 sukarelawan dari Bintulu bagi membantu usaha bantuan dan pemulihan pasca banjir di kawasan berkenaan.

Presidennya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pihaknya juga mempunyai lebih 70 sukarelawan dari pusat khidmat dan bersedia membawa masuk tenaga bantuan dari Sibu sekiranya perlu.

“Aset seperti bot dan peralatan lain akan dikerahkan mengikut keperluan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PDP di Pusat Komersial Li Hua di sini, hari ini.

Menurutnya, PDP turut menerima bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Miri dan Sibu, manakala pasukan dari Labuan dan Sabah akan digerakkan bergantung kepada keadaan semasa.

Dalam perkembangan lain, Tiong memaklumkan bahawa air banjir di beberapa kawasan terjejas mula surut.

“Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC).

“Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, juga dalam perjalanan ke Bintulu bagi meninjau pusat pemindahan sementara.

“Saya sendiri akan ke sana selepas ini untuk menyampaikan bantuan,” katanya.

Terdahulu, PDP dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan pihaknya sedang mencari sukarelawan bagi membantu usaha menangani bencana banjir yang melanda Bintulu.

Mereka yang berminat untuk menyertai sebagai sukarelawan boleh menghubungi Anong di Bintulu (017-8501785) atau Stephen di Miri (012-8717885).

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Abang Johari arah pantau semua lokasi berisiko tanah runtuh
Next: Tiong puji respons pantas setiap pihak bertanggungjawab depani banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.