Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PDP mahu kerjasama gabungan lebih adil, hormat kekuatan parti komponen
  • TEMPATAN

PDP mahu kerjasama gabungan lebih adil, hormat kekuatan parti komponen

Utusan Sarawak 5 hours ago
PRESIDEN Parti Demokratik Progresif (PDP), Dato Sri Tiong King Sing berucap semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Perhimpunan Tiga Tahun sekali (TGA) PDP 2026.

SIBU: Parti Demokratik Progresif (PDP) mahu hubungan dalam gabungan politik di Sarawak terus diperkukuh berasaskan prinsip keadilan, saling menghormati dan pengiktirafan terhadap kekuatan setiap parti komponen.

Presidennya, Dato Sri Tiong King Sing berkata, pendekatan sedemikian penting bagi memastikan kestabilan gabungan dapat dikekalkan sekali gus mengelakkan berlakunya perpecahan sesama parti.

Menurut beliau, PDP tidak akan membiarkan mana-mana pihak memperlekeh atau memperkecilkan kedudukan parti itu dalam gabungan kerana budaya sedemikian hanya akan menjejaskan kerjasama sedia ada.

“Kita berpegang teguh kepada permuafakatan, perkongsian kuasa serta saling menghormati. Kita tidak akan membenarkan mana-mana parti lain dalam gabungan memperlekehkan dan memperkecilkan kita serta melakukan budaya membuli.

“Saya berpandangan budaya dan cara yang ditunjukkan oleh parti tersebut hanya akan mengganggu usaha kita untuk menstabilkan hubungan dalam gabungan dan menyebabkan perpecahan dalam kalangan parti komponen,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Perhimpunan Tiga Tahun sekali (TGA) PDP 2026 di sebuah hotel di sini, hari ini.

DATO Sri Tiong King Sing menyampaikan cenderahati kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai tanda penghargaan menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Perhimpunan Tiga Tahun sekali (TGA) PDP 2026.

Pada masa sama, beliau menegaskan PDP kekal komited bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta menyokong penuh kepimpinan Premier Sarawak, Abang Johari Openg, demi memastikan kestabilan politik dan pembangunan ekonomi negeri terus terpelihara.

Tiong berkata, PDP juga mahu memainkan peranan lebih besar dalam landskap politik negeri selaras kedudukannya sebagai antara komponen penting dalam GPS.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan ahli parti supaya sentiasa merendah diri, mendengar suara rakyat dan bekerja keras demi kepentingan masyarakat tanpa bersikap bongkak atau terlalu mengejar jawatan.

Hadir sama ialah Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri John Sikie Tayai, Setiausaha Agong GPS Dato Sri Alexander Nanta Linggi, wakil Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Michael Tiang Ming Tee, Setiausaha Agong PRS Dr Malcom Mussen Lamoh, Timbalan Presiden PDP Datuk Henry Harry Jinep dan Naib Presiden Kanan I PDP Dr Penguang Manggil.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: GPS penentu kestabilan politik negara – Abang Johari
Next: PDP akan pertahan kesemua lapan kerusi pada PRN Sarawak ke-13 – Tiong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.