Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PDP akan pertahan kesemua lapan kerusi pada PRN Sarawak ke-13 – Tiong
  • TEMPATAN

PDP akan pertahan kesemua lapan kerusi pada PRN Sarawak ke-13 – Tiong

Utusan Sarawak 1 hour ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) juga merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengibarkan bendera GPS dan Parti Demoktratik Progressif (PDP) pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali di sebuah hotel hari ini. Turut hadir Presiden PDP, Dato Sri Tiong King Sing (lima kiri) juga merangkap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

SIBU: Parti Demokratik Progresif (PDP) akan mempertahankan kesemua lapan kerusi yang kini dikuasainya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Presiden PDP Dato Sri Tiong King Sing berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hakikat bahawa para penyandangnya telah bekerja keras dan layak diberi peluang untuk terus berkhidmat kepada pengundi di kawasan masing-masing.

Tiong, yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, berkata penggabungan PDP dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada April 2024 telah secara ketara memperkukuh parti itu, yang kini memiliki 205,000 ahli di seluruh negara.

“Ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap semangat kekeluargaan dan perjuangan kita,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) PDP 2026 yang dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Lima daripada lapan kerusi berkenaan, iaitu Tasik Biru, Meluan, Krian, Marudi dan Dudong dimenangi oleh PDP dalam PRN Sarawak ke-12 manakala bakinya (Bawang Assan, Engkilili dan Ba’kelalan) diperoleh susulan pembubaran PSB serta penyerapan ahlinya secara blok ke dalam parti tersebut.

Tiong berkata PDP kini muncul sebagai antara komponen penting dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan harus memainkan peranan yang lebih besar dalam landskap politik Bumi Kenyalang khususnya dalam memperjuangkan hak negeri serta agenda pembangunan.

Beliau turut mengulangi sokongan penuh PDP terhadap kepimpinan Abang Johari dalam memastikan pelaksanaan agenda pembangunan negeri berjalan lancar.

Pada masa sama, Tiong berkata prinsip perkongsian kuasa, muafakat serta saling menghormati dalam GPS mesti terus dipelihara, dan menolak sebarang bentuk campur tangan yang boleh menjejaskan keharmonian gabungan politik itu.

Beliau berkata PDP tidak akan sesekali berkompromi dalam perkara yang melibatkan kepentingan negeri dan kekal komited untuk memperjuangkan hak semua rakyat Sarawak secara tegas.

Tiong juga berkata TGA 2026 bukanlah sekadar proses organisasi sebaliknya adalah platform penting untuk merangka strategi, memperkukuh perpaduan dalaman dan mempersiapkan parti bagi mendepani pilihan raya akan datang. – Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PDP mahu kerjasama gabungan lebih adil, hormat kekuatan parti komponen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.