Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PBSMM sumbang 95 guni pakaian terpakai, dua kotak pelitup muka kepada mangsa banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

PBSMM sumbang 95 guni pakaian terpakai, dua kotak pelitup muka kepada mangsa banjir

Utusan Sarawak 4 months ago
CHUA bersama pasukan PBSMM semasa melawat PPS SJKC Tong Ah di Selangau, baru-baru ini. 

SIBU: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cabang Sibu menyumbang 95 guni pakaian terpakai dan dua kotak pelitup muka kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SJKC Tong Ah Selangau dan PPS Dewan Serbaguna Selangau.

Pengerusinya, Penghulu Chua Hiong Kee, berkata sumbangan diberikan bagi membantu mangsa yang tidak mempunyai pakaian mencukupi sepanjang berada di PPS.

“Banjir yang berlaku secara tiba-tiba menyebabkan ramai mangsa tidak sempat membawa pakaian secukupnya ke PPS. Oleh itu, kami berharap sumbangan ini dapat membantu mereka,” katanya selepas menyerahkan sumbangan itu baru-baru ini.

Menurutnya, hasil lawatan ke PPS baru-baru ini mendapati pihak berkuasa telah menyediakan makanan, ubat-ubatan dan menjaga kebersihan dengan baik, namun mangsa masih kekurangan pakaian untuk dipakai.

“Pakaian yang kami sumbangkan adalah hasil derma orang ramai. Kami telah menyusunnya mengikut kategori lelaki, wanita dan kanak-kanak serta memilih pakaian yang sesuai sebelum diserahkan kepada pihak bertanggungjawab di PPS,” katanya.

Chua turut memaklumkan bahawa PBSMM Cabang Sibu memberi tumpuan kepada bantuan bencana di kawasan luar bandar kerana penduduk di kawasan itu lebih terkesan dengan banjir dan memerlukan lebih banyak bantuan.

“Di kawasan bandar, banjir tidak begitu teruk berbanding luar bandar. Kami akan terus memantau keadaan dan bersedia menghulurkan bantuan sekiranya PPS dibuka,” katanya.

Chua juga menjelaskan bahawa PBSMM tidak menyediakan bantuan kewangan tetapi akan terus menyalurkan bantuan dalam bentuk pakaian terpakai kepada mangsa banjir.

“Kami akan terus bekerjasama dengan jawatankuasa pengurusan bantuan bencana bagi memastikan mangsa mendapat bantuan yang diperlukan,” tambahnya.

Turut hadir dalam penyerahan sumbangan itu ialah Naib Pengerusi PBSMM Cabang Sibu, Normah Abdulrahman.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiga rumah panjang terputus hubungan akibat banjir
Next: Banjir landa Daerah Tatau, rekod terburuk sejak 1963

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.