SIBU: Kesulitan dihadapi mangsa kebakaran dua rumah di Lorong Sentosa 6 Timur, Kampung Usahajaya di sini mendapat perhatian Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cabang Sibu, hari ini.
Pengerusinya Penghulu Chua Hiong Kee telah mengetuai ahli-ahlinya yang lain menghantar bantuan kepada mangsa terlibat.
Sumbangan yang dihantar berupa 18 guni pakaian terpakai, 31 selimut, air mineral, mi segera, minuman coklat segera, biskut, kopi segera dan roti.
Kebakaran yang berlaku pada 6 petang Khamis itu telah memusnahkan dua rumah kayu, menyebabkan 31 orang kehilangan tempat tinggal.
Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Oleh TARANI LANTING
Gambar
Chua (kiri) bersama dengan ahlinya menyerahkan sumbangan kepada mangsa terlibat di Sibu, hari ini.