Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PBPM Limbang perkukuh kerjasama dua hala dengan Persatuan Polis Brunei
  • Utara
  • WILAYAH

PBPM Limbang perkukuh kerjasama dua hala dengan Persatuan Polis Brunei

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JIWA POLIS…(depan,duduk enam dari kiri) Parum Niot, Awang Yahya Ibrahi̇m, Roslan Kimin bergambar bersama ahli-ahli PBPM dan Polsara Polis Brunei.

LIMBANG:  Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Limbang mengukuhkan hubungan dua hala dan kerjasama Persatuan Polsara Polis Brunei dalam pelbagai bidang.


Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama PBPM Cawangan Limbang dan Polsara Polis Brunei dalam menjayakan pelbagai program yang diadakan.


“Majlis dan Program PBPM Limbang bersama Polsara Polis Brunei satu platform terbaik untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama antara kedua-dua pihak.


“Saya berharap ini menjadi permulaan untuk mewujudkan lebih banyak kerjasama dan pertemuan pada masa akan datang,” katanya pada majlis dan Program PBPM Limbang bersama Polsara Polis Brunei di Dewan Bunga Raya, hari ini.

Parum menjelaskan melalui program itu dapat menyerlahkan lagi hubungan dan semangat persaudaraan rentas sempadan yang telah lama terjalin.


Sumbangan bakti, jasa dan pengorbanan pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa dihargai dan disanjung tinggi walaupun golongan ini sudah bersara.


“Walaupun pesara PDRM sudah berhenti memegang tugas hakiki mereka dan berstatus ‘pesara’ namun peranan mereka dalam menjaga keharmonian komuniti tetap diperlukan,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Ketua Cawangan PBPM Daerah Limbang, Roslan Kimin dan Pengerusi Polsara Poli̇s Diraja Brunei, Superintenden (B) Awang Yahya Ibrahi̇m. 

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Billy Sujang lawat tiga tapak projek jalan pertanian di Lundu
Next: 17 pelajar ditahan dalam Ops Motosikal di Limbang, didapati tiada lesen memandu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.