Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PBB Kabong kekal teguh bersama rakyat
  • WILAYAH

PBB Kabong kekal teguh bersama rakyat

Utusan Sarawak 2 months ago
TONGGAK KEKUATAN... Dato Mohd Chee Kadir dan ahli PBB lain semasa Perjumpaan Khas Bersama Ketua-Ketua Ranting, Pemuda, Wanita dan Belia PBB Kabong, hari ini. -Foto kredit ADUN Kabong

KABONG: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kabong perlu terus bersatu dalam memantapkan parti sekali gus sentiasa memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Ketua Cawangan PBB Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, ahli parti dinasihatkan agar sentiasa berpegang teguh terhadap nilai dan asas perjuangan parti serta terus fokus kepada matlamat asal parti, iaitu memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sarawak.

“Keputusan cemerlang pilihan raya lepas tidak sepatutnya memberi keselesaan kepada jentera parti, sebaliknya aspek penting perlu diberi perhatian adalah melibatkan kerjasama antara kepimpinan PBB di peringkat cawangan dan ranting.

“Juga, ahli-ahli parti terdiri daripada pemuda, wanita serta belia PBB Kabong harus mempergiatkan program turun padang bagi mendekati rakyat di peringkat akar umbi serta rakyat keseluruhannya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong berkata demikian semasa Perjumpaan Khas Bersama Ketua-Ketua Ranting, Pemuda, Wanita dan Belia PBB Kabong, hari ini.

PBB sebagai ‘tulang belakang’ kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu dimantapkan lagi perjuangannya demi memelihara kestabilan dan perpaduan.

Beliau berkata, aktiviti turun padang oleh ahli PBB adalah amalan yang berterusan dan tidak dilakukan secara bermusim bagi memastikan rakyat menerima perkhidmatan terbaik, terutama dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

“Komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat merupakan landasan perjuangan parti. Ini sekali gus membolehkan PBB mendapat keputusan baik setiap kali pilihan raya,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada semua ketua-ketua ranting yang hadir.

Turut hadir, Datin Meryani Yassin, Ketua Pergerakan Pemuda PBB Kabong, Abdul Rahim Peli, Ketua Pergerakan Wanita PBB Kabong, Nurain Abdullah dan Ketua Belia PBB Kabong, Mohamad Firdaus Shamsuddin.

OLEH ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Penantian Kabong miliki stesen minyak bakal berakhir
Next: Patuhi prosedur bina bangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.