Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PAWE Limbang sasar tarik keahlian 200 warga emas tahun ini
  • WILAYAH

PAWE Limbang sasar tarik keahlian 200 warga emas tahun ini

Utusan Sarawak 4 months ago

WARGA  PENYAYANG...Ang bergambar bersama ahli jawatankuasa JKK Kampung Cina dan PAWE Limbang selepas pertandingan Memasak dan Santai Karaoke. 

LIMBANG: Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Limbang menyasarkan untuk menarik kira-kira 200 orang warga emas menjadi ahli berdaftar di pusat itu tahun ini. 

Timbalan Pengerusi PAWE Limbang Penghulu Ang Chiw Kiam berkata PAWE Limbang pada masa ini mempunyai seramai 100 orang ahli.

“Pihak kami terus proaktif dalam mengadakan pelbagai program untuk menarik lebih ramai warga emas menyertai pusat itu.

“Banyak kelebihan yang disediakan kepada ahli PAWE khususnya dalam pelaksanaan program, sumbangan dan bantuan kepada ahli yang memerlukan ketika menyambut perayaan-perayaan utama,”katanya kepada media selepas pertandingan Memasak dan Santai Karaoke di PAWE Limbang hari ini.

Program itu anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cina dengan kerjasama PAWE Limbang dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pakan Limbang.

Turut sama ialah Timbalan  Pengerusi JKK Kampung Cina, Tey Kim Hua.

Beliau berkata program itu mampu merapatkan hubungan dan kerjasama dalam kalangan ahli tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama. 

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Program Sentuhan Kasih dekati orang yang memerlukan bantuan
Next: Projek naik taraf sistem retikulasi paip bermula Ogos depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.