Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PAWE Limbang aktif tarik lebih ramai warga emas sertai program komuniti
  • Utara
  • WILAYAH

PAWE Limbang aktif tarik lebih ramai warga emas sertai program komuniti

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RAPAT HUBUNGAN… (DARI kiri) Ang, Mamat dan Chua bergambar bersama ahli-ahli PAWE Limbang sempena Majlis Ramah Tamah Aidilfitri.

LIMBANG: Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Limbang terus proaktif menganjurkan pelbagai program bagi menarik lebih ramai warga emas menyertai pusat tersebut sebagai ahli.

Pengerusi PAWE Limbang, Mamat Karim, berkata sehingga kini pusat itu mencatat keahlian sekitar 150 orang dan menyasarkan penambahan sehingga 200 ahli berdaftar menjelang akhir tahun ini.

“Antara program yang kami laksanakan termasuk Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang bertujuan meraikan ahli dari pelbagai latar belakang kaum dan agama, serta menarik lebih ramai warga emas untuk menyertai PAWE,” katanya kepada media hari ini.

Majlis tersebut yang berlangsung di pejabat PAWE baru-baru ini turut dihadiri Timbalan Pengerusi PAWE Limbang, Penghulu Ang Chiw Kiam, serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Cina, Kapitan Chua May Ling.

Menurut Mamat, program seperti ini mampu mengeratkan hubungan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan ahli tanpa mengira bangsa dan agama.

Selain sambutan Aidilfitri, PAWE Limbang juga aktif menganjurkan majlis perayaan lain seperti Tahun Baharu Cina, Gawai dan Krismas, sebagai usaha menyemarakkan semangat kekeluargaan dalam komuniti warga emas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kejohanan MSSR Zon Tutoh Apoh ke-32 meriah di SK Long Kevuk
Next: CSR CIDB bawa nafas baharu kepada komuniti Kampung Kemunting

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.