Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pasukan SUPP Bawang Assan dekati penduduk di kawasan Jalan Sing
  • Tengah
  • WILAYAH

Pasukan SUPP Bawang Assan dekati penduduk di kawasan Jalan Sing

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MENDEKATI RAKYAT…. Kaunselor Kevin Lau Kor Jie mengadakan lawatan ke Jalan Sing bagi mengenal pasti keperluan dan permasalahan penduduk di kawasan terbabit.

SIBU: Pasukan Perkhidmatan Bergerak Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bawang Assan turun padang melawat Jalan Sing, semalam.

Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie berkata, semasa lawatan itu mereka telah menerima beberapa maklum balas daripada penduduk di kawasan terbabit.

“Ini termasuklah kebimbangan mereka terhadap bekalan elektrik, iaitu dahan pokok mengganggu talian elektrik dan paip air pecah.

“Melalui lawatan seperti ini, kita lebih mendekati rakyat, mendengar permasalahan dan keperluan rakyat. Lawatan ini sebegini memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan masalah yang mereka hadapi,” katanya menerusi kenyataan.

MENDEKATI RAKYAT…. Kaunselor Kevin Lau Kor Jie mengadakan lawatan ke Jalan Sing bagi mengenal pasti keperluan dan permasalahan penduduk di kawasan terbabit.
 

Selain itu, katanya lagi lawatan tersebut juga membolehkan pasukannya mengenal pasti kawasan yang mungkin terlepas pandang sebelum ini. 

“Sebagai contoh, semasa lawatan pagi tadi, kami mendapati meter paip air penduduk mengalami keretakan menyebabkan kebocoran.

“Ahli Majlis Wong Sing Ing segera mengambil gambar dan melaporkan isu itu kepada pihak berkaitan bagi tindakan,” katanya. 

Kaunselor Lau berkata selepas berkomunikasi dengan penduduk terbabit, mereka bersetuju membenarkan ahli majlis membantu melaporkan isu meter air bocor kepada pihak berkuasa. 

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada ketua masyarakat dan ahli majlis di kawasan Bawang Assan atas perhatian berterusan mereka terhadap isu-isu tempatan dan usaha kolektif mereka untuk membina Bawang Assan yang lebih baik,” kata beliau lagi.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banyak manfaat pendidikan percuma kepada anak Sarawak
Next: Usahawan digesa belajar, bina rangkaian, terus maju

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.