Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pasukan khas kaji bekas telaga minyak
  • TEMPATAN

Pasukan khas kaji bekas telaga minyak

Utusan Sarawak 5 years ago
INI DIA… Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin menunjukkan gambar lokasi bekas telaga minyak lama di sekitar Miri pada sidang media di Miri semalam.

MIRI : Sebuah pasukan khas ditubuhkan untuk mengenal pasti dan mengkaji bekas telaga minyak lama di sini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin berkata, pasukan khas itu akan diketuai Pejabat Residen Miri dan dibantu pihak Shell, Petronas, Petroleum Sarawak Bhd (Petros), Curtin Universiti Malaysia, Miri dan beberapa agensi dan jabatan berkaitan.

“Pasukan khas ini dipertanggungjawabkan untuk mengenal pasti dan mengkaji tapak bekas telaga minyak lama di sekitar kawasan Miri dan hasil kajian itu nanti akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya.

“Tindakan selanjutnya perlu dilakukan kerana kita menitikberatkan soal keselamatan penduduk terutamanya mereka yang tinggal berdekatan kawasan bekas telaga minyak lama,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas-Penemuan Gas Asli dan Tempat Bersejarah Di Miri di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen di sini, semalam.

Menurut Lee, sebanyak 624 tapak bekas telaga minyak lama dicatatkan di bandar minyak ini.

Sementara itu, mengenai tapak bekas telaga minyak yang dikatakan mengeluarkan gas dari bawah tanah di Bukit Kanada baru-baru ini, Lee berkata kawasan tersebut sudah dipagarkan oleh Shell dan Pejabat Residen.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak memasuki kawasan tapak bekas telaga minyak berkenaan kerana ia membahayakan keselamatan mereka.

“Orang ramai juga diingatkan supaya segera memaklumkan kepada Pejabat Residen Miri sekiranya menemui bekas telaga minyak lama,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Pantai Tanjung Kembang destinasi pelancongan
Next: SARES bekal elektrik 24 jam kepada 9 rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.