Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pastikan projek memenuhi piawaian
  • TEMPATAN

Pastikan projek memenuhi piawaian

Utusan Sarawak 4 years ago
TERIMA KASIH … Ripin Lamat (tengah) ketika mengadakan lawatan kerja ke Rumah Genatan untuk meninju Projek RTP di Bekenu Selasa lalu.

BEKENU: Kontraktor yang telah dianugerah dan melaksanakan pembinaan Projek  Transformasi Luar Bandar (RTP) disaran pastikan projek tersebut berkualiti dan siap mengikut masa ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat berkata, perkara ini sangat penting untuk pastikan projek ini dapat digunakan oleh penduduk dan menyelesaikan masalah yang berlaku sebelum ini.

“Kontraktor yang membina projek pembangunan di kawasan hendaklah memastikan projek tersebut memenuhi piawai yang ditetapkan.

“Ini bagi menjaga kualiti pembinaan selain ketetapan masa projek yang perlu dipatuhi kontraktor,” katanya semasa mengadakan lawatan ke RTP di Rumah Genatan, Selasa lalu.

Dalam lawatan itu, Ripin bersama pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melihat sendiri Projek RTP membina parit konkrit yang telah siap spenuhnya dengan  kos pembinaan sebanyak RM70 ribu.

Selain itu, beliau turut meinjau Projek RTP membersihkan Sungai Kejapil Fasa 1 yang telah diluluskan oleh Ketua Menteri Sarawak bagi menambahbaikkan sistem pengairan dan saliran kawasan Daerah Subis dengan kos pembinaan sebanyak RM3 juta.

Projek ini dilaksankan secara berperingkat dan diselia oleh JPS Sarawak.

Oleh ADUM LIU

Continue Reading

Previous: Wujudkan bank bergerak elak kesesakan
Next: 5,138 keluarga terima bantuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.