Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pastikan pentadbiran akar umbi berjalan lancar
  • Tengah
  • WILAYAH

Pastikan pentadbiran akar umbi berjalan lancar

Utusan Sarawak 3 months ago
TERIMA KASIH… Tan Sri William Mawan Ikom menyerahkan watikah lantikan sebagai Tuai Rumah kepada Tuai Rumah Matthew Brundang.

PAKAN: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) perlu memainkan peranan aktif dalam membantu kerajaan menyebarkan dasar kerajaan serta memastikan pentadbiran akar umbi berjalan lancar, kata Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Tan Sri William Mawan Ikom.

Mawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan berkata, sebagai pemimpin masyarakat, KMKK harus mempunyai visi dan misi yang jelas dalam mengurus tadbir komuniti serta sentiasa bekerjasama dengan pejabat daerah.

UNTUK ALBUM… Tan Sri William Mawan Ikom bergambar bersama para penerima lantikan watikah lantikan KMKK.

“KMKK harus sentiasa berhubung dengan pihak pejabat daerah bagi membincangkan isu berkaitan pentadbiran serta bertukar pendapat dalam pelbagai aspek demi kesejahteraan masyarakat.

“Sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, mereka juga perlu bersikap terbuka dan tidak mudah dipengaruhi emosi dalam menangani isu setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di sesi taklimat dan penyerahan watikah lantikan KMKK Daerah Pakan di sini, baru-baru ini.

Tambahnya, KMKK mesti berfikiran matang, rasional dan mampu membuat keputusan yang terbaik untuk masyarakat.

“Sikap profesional dalam kepimpinan amat penting bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian di peringkat akar umbi,” katanya.

Di majlis tersebut, seramai 24 orang KMKK termasuk dua orang penghulu, telah menerima watikah lantikan baharu bagi meneruskan tanggungjawab dalam membimbing serta menjaga kebajikan masyarakat setempat.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bantu masjid, surau jalankan aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan
Next: TBC bawa harapan baharu, kebahagiaan, kesejahteraan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.