Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pastikan peniaga patuhi SOP
  • TEMPATAN

Pastikan peniaga patuhi SOP

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMERIKSAAN di premis kedai gunting sekitar bandar Sarikei dan Julau oleh pegawai-pegawai penguatkuasa KPDNHEP Sarikei, kelmarin.

SARIKEI: Kerajaan telah membenarkan sektor perkhidmatan gunting rambut, pendandanan rambut dan kecantikan untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan bermula 10 Jun lalu dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Ketua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarikei, Mohamad Zawawi berkata, pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai penguatkuasa KPDNHEP Sarikei kelmarin adalah bagi memastikan para peniaga mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Dalam masa sama menyerahkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 bagi peniaga memberi maklumbalas berkenaan caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan.

“Sebanyak 10 kedai gunting rambut diperiksa disekitar Sarikei dan Julau. 

“Empat notis diserahkan bagi mendapatkan maklumat,” katanya menerusi satu kenyataan media, pagi semalam.

Katanya, sekiranya didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang di bawah KPDNHEP,  aduan boleh disalurkan kepada Kementerian melalui talian hotline kementerian di 1-800-886-800 atau Portal e-aduan KPDNHEP di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my atau di talian Whatsapp 019-2794317 atau hadir sendiri di mana-mana pejabat kementerian yang berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

“Sepanjang tempoh PKPB ini, bilik gerakan Enforcement Command Centre (ECC) KPDNHEP Sarikei dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari dan boleh dihubungi untuk menyalurkan apa-apa aduan seperti talian 084-657751,” ujarnya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Petronas belum bayar cukai jualan
Next: Tetapkan SOP bagi masyarakat tunaikan Solat Jumaat, Solat Fardu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.