Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pastikan momentum pembangunan terus direalisasikan
  • Utara
  • WILAYAH

Pastikan momentum pembangunan terus direalisasikan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
AKHIR SYAWAL… Dato Henry Sum Agong bersama jawatankuasa penganjur daripada Kampung Pemukat merakam gambar kenangan.

LAWAS: Sambutan Syawal disemarakkan dengan kemeriahan apabila penduduk Kampung Pemukat, Kuala Lawas menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama Jawatankuasa Rukun Tetangga, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), serta Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Pemukat.

Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, yang mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, turut hadir memeriahkan majlis tersebut malam tadi.

TERIMA KASIH… Dato Henry Sum Agong menerima cenderamata daripada KK Joferi sambil disaksikan(dari kiri) Peridah, Ladin dan Ubaidillah.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan penduduk Kampung Pemukat dan seluruh kawasan Kuala Lawas tentang agenda pembangunan berskala besar yang sedang dan akan dilaksanakan di kawasan mereka.

“Potensi kawasan ini telah menarik minat ramai pelabur daripada luar negara seperti China dan Emeriah Arab Bersatu di Abu Dhabi untuk mengekplorasi hasil bumi seperti minyak dan gas,” katanya.

Beliau menggesa agar penduduk di kawasan berkenaan terus bekerjasama dengan kerajaan sedia ada demi memastikan momentum pembangunan terus direalisasikan.

“Banyak rancangan pembangunan sedang dilaksana dan dirancang untuk menjadikan kawasan Kuala Lawas ini sebuah tempat yang maju.

“Namun jika kita salah langkah dan lalai dalam menyokong usaha yang dilaksanakan kerajaan Gabungan Parti Sarawak(GPS) ini, maka kita terpaksa berputih mata seperti yang berlaku di beberapa negeri lainnya.

“Usah tergoda dengan janji manis dan semangat berkobar untuk merobohkan kekuatan GPS di Sarawak kerana kita yakin pihak yang berada di sebelah akan gagal melaksana apa yang mereka laungkan,” katanya.

Turut hadir, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Pengarah NRDA Datu Ubaidillah Latip, Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Peridah Taer, Ketua Wanita PBB Cawangan Bukit Sari Aujiana Garip, Exco Pemuda PBB Sarawak Steve Lius dan kenamaan tempatan lainnya.
Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Permintaan tinggi dari Jepun pemacu SaraSpice perkukuh pasaran global
Next: Projek pembangunan ubah landskap Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.