Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pastikan kelangsungan pembangunan politik, sosial
  • Tengah
  • WILAYAH

Pastikan kelangsungan pembangunan politik, sosial

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Mohammad Razi Sitam menghadiri majlis berbuka puasa bersama Pemuda PBB Saribas dekat sini petang semalam. Foto ADUN Saribas

BETONG: Betapa pentingnya peranan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam memastikan kelangsungan pembangunan politik dan sosial di Saribas.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam menggesa agar semua ahli pemuda terus bersatu padu dan memberi sokongan kepada parti serta menjalankan tugas dengan penuh tanggung jawab demi kesejahteraan masyarakat.

“Majlis ini merupakan satu platform yang baik untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan dan ahli-ahli PBB.

“Sambil memanfaatkan Ramadan sebagai kesempatan untuk berkongsi rezeki dan membina ikatan yang lebih erat antara satu sama lain,” katanya semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama Pemuda PBB Saribas di sini petang semalam.

Razi berharap majlis yang dianjurkan ini dapat terus memperkukuhkan perpaduan dan semangat kebersamaan di kalangan ahli Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Saribas.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Bendahari Cawangan Saribas Kadir Manap, Ketua Pemuda Cawangan PBB Saribas Mohd Saperi Kawi dan ahli-ahli Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Saribas.

Di akhir majlis, semua yang hadir bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana penuh ukhuwah dan semangat kekeluargaan.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penyertaan generasi muda lahirkan komuniti berempati
Next: Warga emas dipindahkan ke tingkat atas rumah akibat banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.