Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pasar Tani Semulajadi Kuching di MBKS berlangsung meriah
  • TEMPATAN

Pasar Tani Semulajadi Kuching di MBKS berlangsung meriah

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Pasar Tani Semulajadi Kuching hari ini berlangsung meriah di ruang parkir Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), menjadi tumpuan orang ramai menikmati hasil tempatan dan produk semula jadi.

Acara ini merupakan program bulanan dianjurkan oleh Nature Resource Solutions (NRS) dan Kuching Urban Farming (KUF) serta mendapat sokongan penuh oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng turut hadir untuk memberi sokongan kepada peniaga-peniaga pada program tersebut. 

Dalam pada itu, Pengurus Besar Utusan Sarawak Ivy Ngo turut membuka gerai menjual tumbuhan segar dan pokok bunga koleksi hobinya. 

Selain itu, beliau turut menjual buah tin segar yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan seperti tekanan darah, penghadaman dan penggalak imun. 

Pasar tani yang diadakan pada minggu pertama setiap bulan ini sudah menjadi tumpuan para peminat tanaman hiasan rumah kerana terdapat pelbagai jenis tanaman hiasan boleh didapati di sini.

Tidak kurang juga, penduduk di sekitarnya turut mengambil peluang untuk membeli sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.

Produk hiliran dari sektor pertanian seperti minuman, roti, dan makanan juga boleh dijumpai di pasar tani ini.

Pasar Tani Semulajadi Kuching diadakan pada 7.30 pagi hingga 11.00 pagi. 

Turut hadir, Ahli Majlis MBKS, Albert Tay Seng Pin dan bekas Ahli Majlis MBKS Goh Tze Hui. 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bazar Tahun Baharu Cina di Boulevard dibuka hingga 26 Januari ini
Next: Serving the community through dedication

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.