Pasar Tani Organik Kuching bantu petani tempatan dan usahawan pasarkan hasil segar

Facebook
WhatsApp
TINJAU… Dato Wee Hong Seng meninjau hasil tani segar yang dijual di Pasar Organik Kuching edisi ke-37di kawasan letak kereta berbumbung Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) hari ini.

KUCHING: Penganjuran Pasar Tani Organik Kuching (Kuching Natural Farmer’s Market) Edisi ke-37 berlangsung di tempat letak kereta berbumbung Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pagi ini, bermula 7.30 hingga 11.00 pagi.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, turut hadir bagi menyokong penganjuran tersebut yang memberi peluang kepada usahawan dan petani tempatan memasarkan hasil segar dan produk semula jadi terus kepada orang ramai.

PENGURUS Besar Utusan Sarawak, Ivy Ngo bersama yang lain di gerai jualan milik beliau di kawasan letak kereta berbumbung Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) hari ini.

Program yang dianjurkan secara berkala itu bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat selain memperkukuh sokongan masyarakat terhadap produk komuniti setempat.

Pasar Tani Organik Kuching kini menjadi salah satu tarikan hujung minggu di Kuching kerana menawarkan pelbagai hasil tani segar, makanan berasaskan pertanian dan produk mesra alam daripada pengusaha tempatan.

PRODUK tempatan segar yang terdapat di Pasar Tani Organik Kuching.