Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Parlimen: Penganjuran Sukan SEA 2027, naik taraf sempadan Malaysia – Indonesia tumpuan Dewan Rakyat
  • SEMASA

Parlimen: Penganjuran Sukan SEA 2027, naik taraf sempadan Malaysia – Indonesia tumpuan Dewan Rakyat

Utusan Sarawak 5 months ago

KUALA LUMPUR: Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 dan isu naik taraf kawasan sempadan Malaysia–Indonesia di Sarawak, antara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, pada sesi soal jawab Roy Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu) meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan rancangan untuk menambah baik stadium dan fasiliti sukan serta membangunkan perkampungan atlet di seluruh Sarawak bagi memastikan penganjuran Sukan SEA 2027 di negeri itu berjalan lancar.

Dalam sesi sama, Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) akan bertanyakan Menteri Ekonomi mengenai penggunaan peruntukan RM1 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk menaik taraf kawasan sempadan Malaysia–Indonesia di Sarawak.

Turut menarik perhatian, pertanyaan daripada Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) kepada Menteri Kesihatan berhubung statistik masalah kesihatan mental melibatkan pelajar sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi serta pendekatan dasar yang diambil kementerian dalam menangani isu itu.

Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) pula akan mengajukan soalan kepada Menteri Komunikasi sama ada kementerian mempunyai sebarang inisiatif atau program untuk menggalakkan dan memberi ganjaran kepada pempengaruh media sosial yang menghasilkan kandungan positif dan bermanfaat, memandangkan kerjaya itu semakin popular dalam kalangan rakyat khususnya golongan belia.

Selepas sesi itu, persidangan diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang untuk bacaan kali kedua antaranya Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2024, RUU Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024 serta RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 2024.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 35 hari bermula 14 Oktober hingga 12 Disember. – Bernama

Continue Reading

Previous: 10 laluan penerbangan antarabangsa baharu diperkenalkan bulan ini
Next: Parlimen: Naik taraf kemudahan, fasiliti Sukan Sea 2027 selepas penubuhan jawatankuasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.