Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Parlimen: NSRC terima lebih 131,000 panggilan hingga September lepas  
  • SEMASA

Parlimen: NSRC terima lebih 131,000 panggilan hingga September lepas  

Utusan Sarawak 6 months ago
TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran ketika sesi soal jawab lisan sempena Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 131,036 panggilan telah diterima Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) dalam tempoh 12 Oktober 2022 hingga September lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran berkata jumlah itu merangkumi 52,836 panggilan berkaitan laporan kes penipuan dan 78,200 panggilan khidmat nasihat kepada pemanggil.

Beliau menjawab soalan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) mengenai usaha kementerian bagi mengatasi masalah jenayah penipuan dalam talian yang menyebabkan kerugian lebih RM2.6 bilion dalam tempoh kurang tiga tahun selain tindakan penguatkuasaan undang-undang, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Kulasegaran berkata pihak bank bertanggungjawab menanggung sepenuhnya kerugian terhadap mangsa penipuan kewangan sekiranya hal itu disebabkan kelemahan bank, seperti ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam memperkukuh perlindungan terhadap hak pengguna. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Parlimen: Satelit PSPJN dijangka beroperasi awal 2028 
Next: Sarawak tak mahu tunggu hingga Tingkatan 5 baru nak berdepan peperiksaan – Roland Sagah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.