Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Paris 2024: Nur Syaiful duduki tempat keenam
  • SUKAN

Paris 2024: Nur Syaiful duduki tempat keenam

Utusan Sarawak 9 months ago
NUR Syaiful yang beraksi selaku pemenang emas Sukan Para Asia Hangzhou 2022 sekadar menduduki tempat keenam dengan catatan masa 1 minit 46.71 saat (s) di Paris La Defense Arena.

PARIS: Perenang negara Muhammad Nur Syaiful Zulkafli tidak berjaya menjelmakan kilauan pingat dalam acara kegemarannya iaitu 100 meter (m) kuak dada lelaki SB4 (kecacatan fizikal) pada Sukan Paralimpik Paris 2024 di sini, semalam.

Nur Syaiful yang beraksi selaku pemenang emas Sukan Para Asia Hangzhou 2022 sekadar menduduki tempat keenam dengan catatan masa 1 minit 46.71 saat (s) di Paris La Defense Arena.

Dmitrii Cherniaev daripada Atlet Paralimpik Neutral merangkul emas dengan catatan 1:32.20s meninggalkan pencabar terdekatanya dari Greece  Antonios Tsapatakis (1:36.16s) untuk pingat perak dan perenang Itali Manuel Mateo Bortuzzo terpaksa berpuas hati dengan gangsa (1:42.52s).

Saringan pagi semalam pula menyaksikan Nur Syaiful mencatat masa 1:45.15s yang merupakan catatan peribadi terbaiknya dengan mengatasi rekod temasya Hangzhou 2022 iaitu 1:46.78s.

Keputusan tersebut membawanya menduduki tempat ketiga pada saringan pertama dan berada pada kedudukan kelima daripada lapan perenang terbaik yang mara ke peringkat akhir.

Ini penampilan kedua final buat perenang Sarawak di pentas final Paris 2024 selepas menamatkan cabaran di tangga keenam dalam acara 100m gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) dengan 1:16.60s.

Atlet berusia 29 tahun itu akan kembali buat kali terakhir di kolam renang di sini menerusi acara 50m gaya bebas lelaki S5, Khamis ini. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Liek Hou raih pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024
Next: Paris 2024: Bukan pengakhiran, semangat Liek Hou masih membara untuk berjuang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.