Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Paris 2024: Nova Armada tetap bangga dengan prestasi Fareez
  • SUKAN

Paris 2024: Nova Armada tetap bangga dengan prestasi Fareez

Utusan Sarawak 9 months ago
PEMAIN badminton negara Muhammad Fareez Anuar semasa menentang pemain Indonesia Dheva Anrimusthi dalam perlawanan penentuan pingat gangsa perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) Sukan Paralimpik Paris 2024, sebentar tadi. Fareez tewas dengan 21-17, 19-21, 12-21. FotoBERNAMA

PARIS: Biarpun rezeki tidak memihak kepada Muhammad Fareez Anuar, jurulatih badminton para negara, Nova Armada tetap berbangga dengan prestasi pemain perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) itu pada penampilan pertama di Sukan Paralimpik terutama ketika muncul juara Kumpulan B, yang dianggap sebagai ‘kumpulan maut’.

Sejurus jaguh badminton para Cheah Liek Hou mempertahankan emas acara sama dengan menumpaskan Suryo Nugroho dari Indonesia, 21-13, 21-15 di gelanggang satu Porte de La Chapelle Arena, Nova sejujurnya berharap agar Fareez mampu membawa pulang gangsa dari Paris 2024.

Bagaimanapun, keputusan sebaliknya berlaku apabila Fareez tidak berupaya mengekalkan kelebihan dimiliki ketika mendahului set pertama, 21-17, sebelum akur dengan kebangkitan Dheva Anrimusthi dari Indonesia yang membawa pulang gangsa menerusi kemenangan 21-19, 21-12, pada dua set berikutnya.

“Memang sayang Fareez tidak dapat pingat kerana saya benar-benar mahukan beliau meraihnya,” katanya ketika ditemui di sini.

Fareez memulakan kempen pada peringkat Kumpulan B dengan mengejutkan pilihan kedua, Fang Jen-Yu dari Taiwan 21-14, 21-18 sebelum melakukan dua kebangkitan hebat untuk menewaskan Dheva 14-21, 21-19, 21-19 dan pemain Jepun, Taiyo Imai 17-21, 21-17, 21-17.

Pemain nombor empat dunia itu kemudian terpaksa akur dengan kehebatan Suryo pada aksi separuh akhir apabila ditundukkan lawannya 12-21, 21-14, 6-21.

Dalam pada itu, Nova bersyukur segala penat lelah Liek Hou menjelang Sukan Paralimpik 2024 berbaloi sekali gus memastikan emas kekal berada dalam genggaman anak buahnya.

“Persiapan kami memang mencabar sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, mahu rancang bukannya senang ditambah dengan kecederaan yang menimpa Liek Hou.

“Namun setibanya di sini keadaan Liek Hou cukup bagus, permainannya cemerlang, jadi saya sangat senang (kejayaan Liek Hou),” katanya.

Kejayaan Liek Hou menyaksikan beliau menyumbang emas pertama buat negara selepas Eddy Bernard merangkul pingat gangsa acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) pada Ahad. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Paris 2024: Terlampau fikirkan pingat bawa padah buat Fareez
Next: Petrillo atlet transgender pertama beraksi di Paralimpik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.