Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paras air surut di tiga rumah panjang
  • Tengah
  • WILAYAH

Paras air surut di tiga rumah panjang

Utusan Sarawak 4 months ago
PEMANTAUAN PARAS AIR….Pasukan APM Sarikei menjalankan pemantauan air di tiga kawasan di Sungai Kunang di Ulu Sarikei dan Sungai Tapang di Bayong. Foto APM Sarikei

SARIKEI: Paras air surut di kawasan tiga rumah panjang semasa pemantauan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei, hari ini.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi, kawasan pemantauan pihaknya adalah di Rumah Mering Bada, Rumah Empaling Lanyau di Sungai Kunang, Ulu Sarikei dan Rumah Janda, Sungai Tapang di Bayong.
“Pasukan APM Sarikei menjalankan pemantauan paras air di Rumah Mering Bada bermula 12.32 tengah hari dan berakhir pada 1.24 petang.
“Keadaan di kawasan ini adalah terkawal, paras air surut dan hujan renyai-renyai.
“Manakala di kawasan Rumah Empaling Lanyau, pemantauan bermula 1.25 petang hingga 1.36 petang dan keadaan adalah terkawal, hujan renyai-renyai dan paras air surut,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, paras air juga surut dan keadaan terkawal di kawasan menuju ke Rumah Janda.
“Pemantauan di kawasan menuju ke Rumah Janda bermula 1.36 petang hingga 2.38 petang.
“Hujan renyai-renyai dan keadaan adalah terkawal,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua lagi PPS dibuka, jumlah mangsa banjir terus meningkat
Next: Keluarga hilang tempat berteduh akibat rumah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.