Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paras air di dua sekolah di Limbang naik
  • Utara
  • WILAYAH

Paras air di dua sekolah di Limbang naik

Utusan Sarawak 7 months ago

SUKAT KEDALAMAN...seorang anggota APM menyukat paras air yang menengelami kawasan sekolah.

LIMBANG: Paras air naik di dua sekolah rendah di Limbang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Jawa dan SK Telahak berikutan hujan lebat sejak petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata sepasukan anggotanya mengadakan pemantauan di kawasan berisiko terjejas banjir Daerah Limbang hari ini. 

Beliau berkata pemantauan yang dijalankan di SK Telahak mendapati kawasan rendah dinaiki air tetapi operasi persekolahan masih berjalan seperti biasa.

“Sementara itu jalan menuju ke SK Pengkalan Jawa dinaiki air dan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda dan sekolah ditutup sehingga air surut sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bonnie menasihati penduduk untuk sentiasa peka terhadap keadaan air dan berpindah jika tidak selamat.

Beliau berkata keadaan kawasan yang di pantau masih dalam keadaan selamat dan terkawal. 

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas polis berjaya selamatkan wanita cuba terjun dari bangunan
Next: BDA kesal tindakan vandalisme di tandas awam baharu di Lasar Kenyalang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.